MENU

20 Mac 2024, Rabu: Majlis Daerah Kota Tinggi mendukung penuh titah DYAM Pemangku Sultan Johor bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Negeri Johor. Jabatan Kesihatan dan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap pada hari ini telah melaksanakan pemeriksaan secara serentak di dua (2) buah pasaraya KK Supermart & Superstore Sdn Bhd iaitu di Taman Sri Saujana dan Bandar Kota Tinggi.

Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang bertulis kalimah ALLAH.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa pelanggaran syarat yang dibuat oleh kedua-dua pasaraya tersebut dan notis telah dikeluarkan serta merta terhadap pelanggaran yang dibuat oleh kedua-dua pasaraya tersebut.

Majlis Daerah Kota Tinggi akan memantau perkara ini secara berkala bagi mengelakkan situasi seperti ini tidak lagi berlaku. Jika ada mana-mana premis yang melakukan perkara seperti yang telah berlaku, tindakan tegas akan diambil oleh MDKT.