Program ini diadakan untuk mewujudkan suasana muafakat komuniti penduduk di Zon 6, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi dengan adanya kerjasama daripada pihak MDKT, Agensi Kerajaan, swasta, SWCORP, penduduk setempat khususnya yang menjayakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong kebersihan kawasan sekitar taman, membersih dan mengecat peralatan permainan kanak-kanak, taklimat mengenai Denggi, pameran dan sebagainya.
Ianya adalah selaras dengan Local Agenda 21 tersebut yang berkonsepkan pembangunan mampan bagi konsep usahasama dari Majlis Daerah Kota Tinggi, sektor swasta dan masyarakat setempat yang menyasarkan pelbagai masalah dari akar umbi khususnya yang melibatkan sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar setempat.