MENU

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menerima pengiktirafan sempena ASEAN Tourism Forum 2023 di Yogyakarta, Indonesia pada 2 hingga 5 Februari lalu.

MDKT diwakili oleh Yang Dipertuanya, Mohd Fahmy Yahya telah menerima anugerah bagi kategori ASEAN Public Toilet Standard (2023-2024) bagi Pantai Awam Teluk Mahkota, Tanjung Sedili.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing yang mengetuai delegasi daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia ke ASEAN Tourism Forum 2023.

MDKT merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan semua pihak terlibat atas pengiktirafan yang diterima.

Justeru itu, MDKT mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Johor, khususnya buat YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor dan tidak dilupakan juga kepada YB Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan pandangan demi kelestarian daerah Kota Tinggi.

Ucapan ribuan terima kasih juga diberikan kepada Ahli-ahli Majlis dan seluruh warga kerja MDKT yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dan sentiasa berganding-bahu untuk merangkul anugerah dan penghargaan di peringkat ASEAN ini.