MENU

Pada hari Selasa, 19 Julai 2022, telah diadakan lawatan sambil belajar delegasi dari Majlis Daerah Tuaran, Sabah yang diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Jamlin Bin Ladin, Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Tuaran, bersama-sama para pegawai dan Ketua-ketua Jabatan.

Ketibaan delegasi dari Majlis Daerah Tuaran telah disambut oleh En Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi dengan diiringi oleh Tuan Syed Muhammad Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi, bersama-sama Ketua Jabatan dan para pegawai MDKT.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama PBT ke arah perbandaran mampan di antara Majlis Daerah Kota Tinggi dan Majlis Daerah Tuaran selain bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan sistem pentadbiran masing-masing serta penggunaan teknologi dan aplikasi di MDKT untuk kemudahan orang ramai.

Selain daripada itu, delegasi tersebut juga berpeluang melawat Tourism Information Center (TIC) Kota Tinggi, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di dalam daerah Kota Tinggi.

Disediakan oleh :

Unit Perhubungan Awam dan Korporat

Majlis Daerah Kota Tinggi