MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa Sambutan Bulan HRMIS 2022 telah bermula pada 1 Julai hingga 31 Julai 2022 dengan tema #KetepatanDataAspirasiKita.

Objektif Sambutan Bulan HRMIS adalah untuk meningkatkan tahap ketepatan data penjawat awam dalam HRMIS dan meningkatkan penggunaan HRMIS di kalangan penjawat awam.

Penganjuran pada kali ini dilaksanakan melalui pendekatan norma baharu dengan menekankan aktiviti-aktiviti secara digital dan dalam talian.

Semoga penyertaan daripada warga Majlis Daerah Kota Tinggi akan memeriahkan lagi Sambutan Bulan HRMIS 2022 pada kali ini.