MENU

Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-67 yang bersidang pada 4 Mac 2014 telah bersetuju untuk menguatkuasakan pemakaian OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan OSC 3.0, agensi teknikal dalaman, luaran dan pemohon akan dibekalkan dengan manual pelaksanaan sebagai rujukan dan panduan melaksanakan fungsi dan peranan masing-masing. Penyediaan kedua-dua manual ini adalah selaras Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran yang telah diperkenalkan mulai tahun 2008.

Majlis Daerah Kota Tinggi telah menggunapakai OSC 3.0 mulai 01 April 2018 yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDKT Bil 11/2014 selaras dengan kehendak Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-67 pada 30 Jun 2014. 

Manual Agensi dan Pemohon OSC 3.0