MENU

Kadar Letak Kereta

Bahagian ‘F’
  F.1. Kadar Bayaran Letak Kereta yang dikenakan di bawah Seksyen  72 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Majlis Daerah Kota Tinggi.

  Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Tempat-tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Kota Tinggi 2007 & 2008.

Jadual Pertama

Bil. Kawasan Bayaran Letak Kereta yang ditetapkan Jenis Tempat Letak Kereta Masa-masa dikawal
1. Jalan Abdullah 60 sen bagi setiap satu (1) jam atau 40 sen bagi setiap setengah (1/2) jam Sistem Letak Kereta Berkupon Sabtu hingga Khamis (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
2. Jalan Ahmad Ujan
3. Jalan Ah Siang
4. Jalan Ibrahim
5. Jalan Jaafar
6. Jalan Jaya
7. Jalan Lombong
8. Jalan Mawai
9. Jalan Niaga (Pasar Awam) 60 sen bagi setiap satu (1) jam atau 40 sen bagi setiap setengah (1/2) jam Sistem Letak Kereta Berkupon Sabtu hingga Khamis (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
10. Jalan Niaga Utama
11. Jalan Niaga Satu
12. Jalan Niaga Dua
13. Jalan Niaga Tiga
14. Jalan Niaga Empat
15. Jalan Niaga Lima
16. Jalan Niaga Enam
17. Jalan Niaga Tujuh
18. Jalan Niaga Lapan
19. Jalan Sungai Kemang
20. Jalan Tambatan
21. Jalan Toe Kwee Choo
22. Jalan Tepi Sungai
23. Jalan Yusof
24. Jalan Perhentian Teksi Lama
25. Jalan Perhentian Teksi Baru
26. Jalan Indah
27. Jalan Kerapu
28. Jalan Niaga (Gerai Setara)

 

Jadual Kedua

Bil Kawasan Bayaran Letak Teksi yang ditetapkan Masa-masa dikawal
1. Perhentian Kereta Sewa KotaTinggi RM 20.00 sebulan bagi sebuah teksi atau 0.50 sen untuk masuk bagi teksi sewa dalam dan luar bandar Kota Tinggi. 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

 

Jadual Ketiga

Bil Kawasan Bayaran Letak Teksi yang ditetapkan Masa-masa dikawal
1. Perhentian Bas KotaTinggi RM 115.00 sebulan bagi sebuah bas atau RM1.00 untuk masuk bagi bas mencari sewa dalam dan luar bandar Kota Tinggi. 6.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

 

F.2. Bayaran Pas Letak Kereta Bulanan/Pas Letak Kereta Bermusim

Kadar yang dikenakan ini dibawah S 18 & S 19 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Perintah Lalulintas jalan (Majlis Daerah Kota Tinggi).

1. Pas Letak Kereta Bulanan : Bayaran yang dikenakan tidak melebihi RM 75.00 sebulan.
2. Petak Letak Kereta Bermusim : Bayaran yang dikenakan tidak melebihi RM 100.00 sebulan.

Peringatan - Bayaran letak kereta dikenakan diantara pukul 8.00 pagi hingga pukul 6.00 petang pada setiap hari kecuali Hari Jumaat dan Kelepasan Am.

 

F.3 Caj Kegagalan Menyediakan Petak Tempat Letak Kereta

Mana-mana cadangan pembangunan untuk tujuan perumahan berkepadatan tinggi, perdagangan atau lain-lain untuk tujuan komersial yang gagal menyediakan Tempat Letak Kereta sebagaimana kehendak Rancangan Tempatan Bandar Kota Tinggi hendaklah dikenakan caj atas sebab kegagalan menyediakan petak tempat letak kereta dan membayar kepada Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi caj sebanyak (Tiga Ribu Ringgit) bagi setiap Petak Letak Kereta yang gagal disediakan di kawasan Bandar Kota Tinggi dan caj sebanyak (Satu Ribu Ringgit) di kawasan cawangan Pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi.

 

Lokasi Meletak Kenderaan

Bil.

Kawasan

Bayaran Letak Kereta Yang Ditetapkan

Jenis Tempat Letak Kereta

Masa-masa Terkawal

1. Jalan Abdullah

60 sen bagi setiap satu (1) jam atau 40 sen bagi setiap setengah (½) jam

Sistem Letak Kereta Berkupon

Sabtu hingga Khamis (8.00 pagi hingga 6.00 petang)

2. Jalan Ahmad Ujan
3. Jalan Ah Siang
4. Jalan Ibrahim
5. Jalan Jaafar
6. Jalan Jaya
7. Jalan Jaya Satu
8. Jalan Jaya Dua
9. Jalan Tun Habab
10. Jalan Tun Sri Lanang
11. Jalan Niaga (Pasar Awam)
12. Jalan Niaga (Gerai Setara)
13. Jalan Niaga Utama
10. Jalan Niaga Satu
15. Jalan Niaga Dua
16. Jalan Niaga Tiga
17. Jalan Niaga Empat
18. Jalan Niaga Lima
19. Jalan Niaga Enam
20. Jalan Niaga Tujuh
21. Jalan Niaga Lapan
22. Jalan Niaga Sembilan
23. Jalan Niaga Sepuluh
24. Jalan Niaga Sebelas
25. Jalan Sungai Kemang
26. Jalan Tambatan
27. Jalan Teo Kwee Choo
28. Jalan Tepi Sungai
29. Jalan Yusof
30. Jalan Perhentian Teksi Lama
31. Jalan Perhentian Teksi Baru
32. Jalan Indah
33. Jalan Kerapu
34. Jalan Kota Kecil 1
35. Jalan Kota Kecil 2

 

Kesalahan Meletak Kenderaan

Senarai Kesalahan Tempat Meletak Kereta

(1) Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau Syarikat Pengendali semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.

(2) Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh yang dibenarkan.

(3) Mempamerkan kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenal pasti atau dilihat oleh Pembantu Penguat kuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan.

(4) Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul.

(5) Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta.

(6) Menghalang petak letak kereta.

(7) Kenderaan Bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalulintas.

(8) Berniaga di tempat letak kereta.

(9) Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.

(10) Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima / siar kaki.

(11) Meletak kenderaan bermotor di tempat letak kereta bermusim tanpa pas bermusim yang sah.

(12) Meletakkan kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu.

(13) Mempamerkan kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor di petak letak kereta di tempat letak kereta.

(14) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan.
 

Cara Membuat Bayaran / Rayuan Kompaun
 

Datang sendiri

(1) Pengguna letak kereta datang sendiri ke pejabat dan terus berjumpa dengan Pegawai di Jabatan Penguatkuasaan (Bahagian Letak Kereta) / Kaunter Letak Kereta pada waktu pejabat.

(2) Nyatakan kenapa pengurangan perlu diberikan.

 

Secara pos

(1) Tuliskan di belakang kompaun letak kereta Nama, Alamat dan lain-lain butir dengan lengkap dan jelas.

(2) Sertakan wang pos, kiriman wang, perintah bank atau draf bank atau cek kepada “Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi”.

(3) Pos kompaun bersama bayaran kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Kota Tinggi, Jalan Padang, 81900 Kota Tinggi, Johor.

(4) Setiap pembayaran yang diterima akan diberikan resit pembayaran dan akan dikirim kembali menerusi alamat yang diberikan.

(5) Majlis tidak akan bertanggungjawab jika resit tidak dapat dihantar melalui alamat yang diberikan.

 

Tatacara Meletak Kupon Kenderaan

Pengumuman

Kawasan Operasi Sistem Letak Kereta Berkupon
Kupon letak kereta hendaklah digunakan apabila meletak kenderaan bermotor di tempat letak kereta berkupon yang tertera di dalam Jadual Pertama.

Syarat-syarat Bagi Menggunakan Kupon Letak Kereta

  • Mana-mana orang yang menggunakan kupon letak kereta yang dikeluarkan oleh Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis untuk meletakkan kenderaan bermotor hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam kupon letak kereta.
  • Seseorang yang gagal mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang disebutkan di bawah subperenggan 1 adalah melakukan suatu kesalahan.

Tempat-tempat Kupon Letak Kereta Diperlukan
Pemandu atau pemunya kenderaan bermotor yang menggunakan kupon letak kereta untuk meletakkan kenderaan bermotornya di mana-mana petak letak kereta kecuali di petak letak kereta bermusim atau tempat letak kereta terkawal mengikut tempoh masa yang dibenarkan seperti yang dinyatakan di dalam kupon letak kereta tersebut.

Cara Mempamerkan Kupon Letak Kereta

  • Pemandu atau pemunya kenderaan bermotor yang menggunakan kupon letak kereta untuk meletakkan kenderaan bermotor hendaklah mempamerkan kupon letak kereta di atas bahagian kanan papan pemuka kenderaan bermotor dengan menghadap cermin hadapan dan hendaklah memastikan bahawa pandangan Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak Kereta) yang bertugas tidak dihalang untuk memeriksa kupon letak kereta itu, pada bila-bila masa ketika kenderaan bermotor diletakkan di tempat letak kereta berkupon itu.
  • Kupon Letak Kereta yang telah dipinda, diubah, dirosakkan, dilipat atau diconteng adalah terhenti menjadi sah untuk digunakan.

Pengiraan Masa Letak Kereta
Di mana dua atau lebih kupon dipamerkan di atas sesuatu kenderaan bermotor untuk meliputi tempoh di dalam masa kenderaan bermotor itu diletakkan di dalam satu-satu tempat letak kereta berkupon, masa permulaan yang ditunjukkan di dalam kupon yang kedua atau kupon yang berikutnya hendaklah bersambung serta merta selepas tamat tempoh masa letak kereta sepertimana yang ditunjukkan di dalam kupon yang terdahulu.

Masa Permulaan Kupon
Tiada seorang pun yang boleh mempamerkan atau menyebabbakb atau membenarkan untuk dipamerkan ke atas sesebuah kenderaan bermotor sesuatu kupon letak kereta dalam mana masa permulaan meletak kenderaan bermotor di situ menunjukkan bahawa ianya adalah lebih lewat daripada masa sebenarnya apabila ianya meletak kenderaan bermotor itu di tempat letak kereta berkupon.

Kesalahan Terus-menerus Meletak Kenderaan Bermotor Setelah Tamat Tempoh Kupon
Mana-mana orang yang terus-menerus meletakkan kenderaan bermotornya di tempat letak kereta berkupon setelah tamat tempoh kupon letak kereta yang dipamerkan di kenderaan bermotor itu bagi meliputi bayaran yang ditetapkan adalah melakukan satu kesalahan.

Rujukan : Perintah Lalu Lintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDKT