MENU

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran termpat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan / agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga Majlis Daerah Kota Tinggi.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu :

● Imej korporat;
● Kreativiti Dan Inovasi;
● Amalan Hijau;
● Persekitaran Kondusif; dan
● Kepelbagaian Agensi

DASAR

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.

OBJEKTIF 

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, bersih, sistematik dan selamat.
  • Memperkasa disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja.
  • Memberi ciri-ciri nilai tambah kepada imej korporat Majlis Daerah Kota Tinggi secara keseluruhan.
  • Memperkukuhkan sistem pengurusan kualiti Majlis Daerah Kota Tinggi berasaskan standard ISO 9001:2015

VISI 

Untuk mewujudkan ekosistem yang hijau dan kondusif di persekitaran kerja.

MISI

Mengukuhkan sistem budaya kerja yang selamat, bersih, berdisplin, kemas dan selesa dengan melaksanakan amalan ekosistem yang kondusif dikalangan warga Majlis Daerah Kota Tinggi.

POLISI

EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang kondusif, bersih dan hijau.

SLOGAN EKSA

”SEDIA MEMBANTU MUDAH URUSAN KE ARAH TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI”

FALSAFAH EKSA

Setiap barang ada tempatnya, setiap tempat ada barangnya.

JAWATANKUASA EKSA 

  • Jawatankuasa Induk
  • Jawatankuasa Promosi
  • Jawatankuasa Latihan
  • Jawatankuasa Audit

MUAT TURUN EKSA