MENU

 Yang Dipertua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera Dan Salam Muafakat Johor

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana melayari laman sesawang www.mdkt.gov.my ini. Sebagai Yang Dipertua MDKT, saya merasa bangga dengan Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan MDKT menyalurkan maklumat dengan cepat untuk pengetahuan semua.

Kepercayaan pelanggan terhadap ketelusan pengurusan adalah sangat diutamakan oleh pihak MDKT. Oleh itu, pelanggan-pelanggan boleh terus melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat pengurusan Majlis di dalam semua sektor dengan cepat dan tepat termasuklah pembangunan hartanah, perlesenan, penilaian cukai harta, perkhidmatan kewangan, aduan awam dan sebagainya.

Keupayaan ICT akan dipertingkatkan dari masa ke semasa termasuklah dari segi penyediaan perkhidmatan yang interaktif pada masa hadapan seperti permohonan layout, pembangunan GIS, pengurusan perumahan, industri, perniagaan dan pelancongan yang terdapat di kawasan MDKT.

Pihak MDKT akan lebih proaktif dalam merancangkan pembaharuan-pembaharuan pada masa akan datang dan Insya-Allah dengan berkat kerjasama bersepadu daripada semua pihak, usaha-usaha ini pasti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh warga Kota Tinggi untuk terus memberikan sokongan kepada pihak MDKT ke arah matlamat menjadikan Majlis Daerah Kota Tinggi sebagai Organisasi peneraju kemajuan, efektif dan berwibawa di dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan secara tidak langsung dapat membantu menjanakan pembangunan ekonomi disamping mengekalkan  identiti Kota Tinggi sebagai Satu Daerah Pelancongan Bersejarah.

Akhir kata, selamat melayari Laman Web MDKT dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah memajukannya melalui Laman Web ini untuk tindakan kami. Kami juga mengalu-alukan idea-idea konstruktif dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan Laman Web ini demi kebaikan kita bersama.
 

Yang Dipertua

Majlis Daerah Kota Tinggi

Fizwan Bin Dato' Hj Mohd Rashidi