MENU

APA ITU RANCANGAN TEMPATAN?

 

Menurut Subseksyen 12(3), Akta 172, sesuatu RT perlu mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah membuat rumusan yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) mengenai cadangan bagi :-

i. Memajukan dan menggunakan tanah;

ii. Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;

iii. Memelihara topografi semulajadi;

iv. Memperelok landskap;

v. Memelihara dan menanam pokok;

vi. Mengadakan tanah lapang;

vii. Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan;

viii. Memperelok sistem komunikasi; dan

ix. Menguruskan lalu lintas.

 

Selain itu, Rancangan Tempatan juga perlu mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

Di bawah Subseksyen 12A, Akta 172, bahawa Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) mengambil langkah untuk memaklumkan mengenai penyediaan draf rancangan tempatan berkaitan dengan memberi peluang kepada orang ramai dan mereka yang berkepentingan mengambil maklum dan memberi cadangan awal kepada draf rancangan tempatan yang berkaitan.

 

Mengapa perlunya Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2030 (Penggantian)?

 

TAMAT TEMPOH PERANCANGAN

Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2020 telah mula disediakan pada tahun 2007 dan Rancangan Tempatan ini telah diwartakan pada 21 Disember 2017 melalui no. Warta (J.P.U.70 Jil.61, No.26) setelah mengambilkira pelbagai proses termasuk penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang.

 

PERUBAHAN DASAR DI PERINGKAT NEGERI DAN PERSEKUTUAN

Selain keperluan perundangan, RTD penggantian juga akan mengambilkira perubahan dasar kerajaan, menyelaras, menterjemahkan serta memperincikan konsep strategi pembangunan yang telah digariskan di dalam perancangan Dasar peringkat Negeri melalui Draf Rancangan.

 

Bil  Pautan
1 Semakan DRT Kota Tinggi 2030 (Penggantian)
2 Borang Maklum balas publisiti RTD Kota Tinggi 2030 (Penggantian)
3 e-Publisiti 2.0
4 Video RTD Kota Tinggi 2030 (Penggantian)