MENU

Pada 23-25 Ogos 2023 MDKT telah menerima kunjungan para panel penilai ASEAN Clean Tourist City setelah tercalon dalam pertandingan Bandar Pelancongan Bersih peringkat ASEAN. Bersama-sama dengan penglibatan dan kerjasama semua agensi dalam daerah sesi audit penilaian tersebut dapat berjalan sebagaimana yang dirancang.

Semoga usaha ini memberikan impak yang positif untuk kelestarian dan manfaat kepada semua warga Kota Tinggi. Justeru warga Kota Tinggi dipohon untuk bersama-sama dengan pihak MDKT untuk menjaga kebersihan Daerah Kota Tinggi pada setiap masa.