MENU

Majlis Daerah Kota Tinggi telah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 27 Ogos 2010.

MS ISO 9001:2008

Pengenalan Kepada Manual Kualiti

Manual Kualiti ini menerangkan bagaimana sistem pengurusan kualiti beroperasi dan menyediakan panduan kepada sistem pengurusan kualiti Majlis Daerah KOTA TINGGI (MDKT). Manual kualiti ini disediakan untuk memenuhi matlamat serta memenuhi matlamat serta objektif Sistem Pengurusan Kualiti MDKT.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ini mangandungi dokumen yang disahkan, termasuk polisi, prosedur, dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan ringkas dan rekod. Dokumen ini member panduan kepada pekerja ketika melaksanakan pengeluaran dan penghantaran produk atau perkhidmatan kepada pelanggan MDKT serta penambahbaikan berterusan ke atas produk atau perkhidmatan.

SPK ini dibuat bagi menepati keperluan standard antarabangsa ISO 9001:2008, Quality Management System – Requirements dan juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturaan yang digunapakai.

Tujuan

Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk:

a)    Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi MDKT;
b)    Menerangkan SPK dalam pengurusan Kawalan Pembangunan, Pengurusan Kawalan Pelesenan, Pengurusan Cukai Taksiran dan Pengurusan Penyediaan dan Penyelenggaraan Kemudahan dan Infrastruktur Awam selaras dengan kehendak serta keperluan MS ISO 9001:2008;
c)    Menggariskan dasar dan prinsip asa bagi setiap aktiviti dalam pemberian pengurusan proses Kawalan Pembangunan, Pengurusan Lesen Perniagaan, Pengurusan Cukai Taksiran dan Pengurusan Penyediaan dan Penyelenggaraan Kemudahan dan Infrastruktur Awam.

Dasar Organisasi

Komitmen Majlis adalah memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat, berkesan dan mesra serta berinisiatif untuk menambah baik kualiti perkhidmatan bagi kepuasan hati pelanggan berasakan tadbir urus yang baik.

Skop Pelaksanaan

Dokumen ini memperihalkan sistem kualiti yang perlu dipatuhi oleh warga kerja MDKT. Sistem kualiti ini disediakan sebagai memenuhi keperluan standar MS ISO 9001:2008. Standard ini mengambil kira perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi ini. Skop persijilan MDKT merangkumi 4 proses utama seperti yang berikut:

a.    Proses Pengurusan Ubah Tambah (Bahagian Bangunan dan Kejuruteraan) :- MDKT/Bangunan .01
b.    Proses Pengurusan Pindaan Ke ayas Senarai (Bahagian Penilaian):- MDKT/ Cukai.01
c.    Proses pengurusan Pindah Milik (Bahagian Penilaian) :- MDKT/ CUkai.02
d.    Proses Permohonan Lesen Tred (Bahagian Lesen) :- MDKT / Lesen.01

Pelaksanaan proses-proses utama disokong oleh proses pengurusan dan proses sokongan.

Manual kualiti ini mengandungi dokumen yang merangkumi struktur organisasi, mengenal pasti tanggungjawab pengurusan dan rujukan ke ata proses serta prosedur organisasi disokong dengan dokumen juga rekod yang berkaitan.

Dasar Kualiti

MDKT akan memastikan proses pengeluaran produk dan perkhidmatan proses Pengurusan Ubah Tambah, Pengurusan Pindaan Ke atas Senarai,  Pengurusan Pindah Milik dan Pengurusan Permohonan Lesen Tred dilaksanakan dengan cekap, tepat serta berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan memenuhi kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

 MDKT juga member komitmen sepenuhnya dalam menjalankan penambahbaikan ke atas kesuluruhan Sistem Pengurusan Kualiti dan Memastikan objektif kualiti diguna pakai oleh semua jabatan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas. Sistem Pengurusan Kualiti akan disemak mengikut tempoh yang ditetapkan melalui Mesyuarat Semakan Pengurusan. 

i.    YDP yang mengetuai pengurusan tertinggi bertanggungjawab mengubal dasar kualiti.
ii.    Dasar ini dicapai melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasakan MS ISO 9001:2008 yang sentiasa dipastikan sesuai dan berkesan setiap masa selaras dengan visi, misi dan objektif.
iii.    Dasar ini akan disebarkan kepada warga MDKT dan akan dikaji semula bagi memastikan kesesuaiannya sepanjang masa.