MENU

Seramai 47 peserta Kayuhan Jelajah Watan UKM yang berlepas dari Putrajaya ke Kota Tinggi, Johor, telah selamat tiba di Astaka Budaya Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor.

Para peserta telah disambut oleh

Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT dan Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.

Kayuhan sepanjang 360 kilometer yang merentasi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ini mendapat kerjasama Majlis Sukan Negara dan diadakan bersempena Hari Sukan Negara.