MENU

Kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang ialah sejenis serangga bersayap kategori kumbang yang dikenali sebagai Coleopetra. Kunang-kunang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada waktu malam berwarna kuning, hujau atau merah muda di bawah abdomen yang tidak bersuhu

Kunang-kunang hidup di habitat yang mempunyai banyak pokok berembang. Pokok berembang atau gelaran saintifiknya, Sonneratia Caseolaris merupakan tanaman bakau yang tumbuh liar di tebing sungai. Di negara kita hanya beberapa tempat sahaja yang dikenali sebagai lokasi habitat kunang-kunang dalam jumlah yang banyak.

Antara lokasi tersebut ialah Kampung Pulau, Kubang Kerian, Kelantan; Kota Tinggi, Johor; Cheranting, Kuantan dan Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Laman Tun Sri Lanang

Laman Tun Sri Lanang 2

Laman Tun Sri Lanang 3

Laman Tun Sri Lanang 4