MENU

Operasi Serahan Notis Tunggakan Cukai Harta sedang giat dijalankan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bersama Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Kota Tinggi di beberapa taman dalam kawasan bercukai MDKT.

Oleh itu, pemilik harta diingatkan agar sentiasa menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai harta supaya tidak dikenakan tindakan sebagaimana Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).