MENU

Sekitar Program Penanaman 180,000 Pokok Sehari Negeri Johor Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi yang telah berlangsung di Jalan Delima, Taman Kota Jaya 2.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor bertujuan untuk menghijaukan Negeri Johor ini. Turut hadir bersama ialah En Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Syed Muhammad Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha MDKT, Tuan Haji Mesran bin Haji Tukiman, Forest House Conservation , agensi-agensi Kerajaan yang lain serta seluruh Ahli Jawatankuasa Penduduk di Taman Kota Jaya 2.