MENU

Rata-rata kesedaran terhadap implikasi pembuangan sampah sesuka hati masih lagi belum sampai di kebanyakan individu sekitar Kota Tinggi. Pada pagi semalam, Ahad, 22 Oktober 2023 pihak MDKT bersama-sama Swcorp Kota Tinggi telah membuat operasi bagi pembersihan pembuangan sampah haram di Jalan Kobis, Taman Sri Lalang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sampah-sarap seharusnya dibuang di tempat yang betul. Jika khuatir, boleh hubungi pihak Swcorp di talian 07-8821393 bagi pertanyaan lanjut.

Kebersihan Bandar dan kawasan Kota Tinggi adalah tanggungjawab kita bersama. Buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program Johor Bersih kali ini.