MENU

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah menganjurkan acara Colour Splash Fun Run di Astaka Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi.

Program telah dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, YBhg Tuan Mohd Farhan bin Kasmunee,

Ketua Penolong Pegawai Daerah merangkap wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg Tuan Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Tuan Syed Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha MDKT dan Ahli-ahli Majlis MDKT.

YB Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor turut merasmikan Car Free Zone bersempena Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

dan melepaskan peserta larian yang melibatkan seramai 350 orang peserta.

Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta larian serta barisan petugas yang terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Bomba Kota Tinggi, RELA. Kerjasama dan penglibatan anda amat kami hargai.