MENU

Program World Clean Up Day peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi telah dijalankan seiring Johor Bersih di sekitar kawasan Kota Tinggi, meliputi Jalan Tun Sri Lanang sehingga Pantai Teluk Mahkota, Tg. Sedili.

Program ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar.

Justeru dapat menggalakan penyertaan masyarakat, agensi kerajaan, Badan Bukan Berkanun dan swasta dalam penjagaan kebersihan persekitaran; dan menjadikan Kota Tinggi sebagai sebuah bandar yang bersih, mampan dan sejahtera.

Jumlah kutipan sampah yang dikumpulkan adalah sebanyak 80 kilogram. Ribuan terima kasih diucapkan atas keterlibatan Swcorp Kota Tinggi, Pejabat Belia dan Sukan Kota Tinggi serta pihak SAFWA Kota Tinggi.