MENU

Lensa sekitar Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan ke-66 Peringkat Daerah Kota Tinggi bermula dengan lintas hormat di Dataran Jam Kota Tinggi dan berakhir di Padang Kerajaan, Kota Tinggi pada hari ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor diiringi YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Tahniah kepada kontinjen MDKT yang telah muncul Naib Johan Pertandingan Perbarisan Terbaik Pasukan Tidak Beruniform Jabatan Kerajaan dan Berkanun, Tempat Ketiga bagi Pertandingan Sepanduk Tercantik dan Naib Johan Pertandingan Hiasan Bangunan Kategori Jabatan Kerajaan di Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan ke-66 Peringkat Daerah Kota Tinggi tahun ini.