MENU

Jabatan-jabatan dalaman MDKT dan agensi-agensi lain bersepadu menjalankan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar bandar Kota Tinggi dan Pantai Telok Mahkota, Tg Sedili. Selain kutipan sampah seperti kebiasaan, aktiviti pencucian papan tanda dan peralatan permainan kanak-kanak, mencabut papan tanda usang, cantasan pokok-pokok liar dan pembersihan tapak pasar lama turut dijalankan serentak.

Bagi yang berkelapangan, boleh sertai kami bergotong-royong pada setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi di beberapa lokasi di sekitar Bandar Kota Tinggi.