MENU

Rabu, 9 Ogos 2023 | Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua MDKT, bersama Ketua Jabatan MDKT dan wakil agensi telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar serta lawatan penandaarasan hari ini.

Kehadiran delegasi MDKT telah disambut oleh Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Setiausaha Majlis Perbandaran Muar (MPM) bersama-sama para pegawai MPM.

Dalam sesi pertemuan ini, MDKT telah diberikan penerangan menyeluruh berkaitan usaha pembangunan pelancongan di bandar Muar serta perkongsian amalan terbaik dan pengalaman di Majlis Perbandaran Muar yang boleh diaplikasikan di Kota Tinggi seperti aspek kebersihan, penghijauan, pengangkutan awam, penglibatan agensi dan komuniti dalam pencapaian tahap bandar bersih.

Delegasi MDKT dibawa berkunjung ke Pusat Pengkomposan MPM untuk melihat sendiri proses-proses penyediaan bahan kompos dan bebola lumpur. Pihak MDKT juga dibawa menelusuri Laman Seni sekitar Bandar Muar di mana terdapat lakaran mural-mural yang mengindahkan lorong-lorong sekitar bangunan kedai di Muar.

Semoga kerjasama baik yang terjalin antara MPM dan MDKT ini berterusan dalam memberi manfaat untuk warga Kota Tinggi.