MENU

 

PROMOSI PENGURANGAN KADAR KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA DAN PENYERTAAN CABUTAN BERTUAH

Promosi Pengurangan Kadar Kompaun Tempat Letak Kereta bagi kompaun yang dikeluarkan pada tahun 2015 hingga 2021 (semasa) bermula 01 April 2021 hingga 06 Mei 2021. Pengurangan kadar kompaun letak kereta adalah sebanyak 70%.

MDKT juga menawarkan penyertaan cabutan bertuah kepada pembayar kompaun tempat letak kereta. Hadiah – hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan berjumlah hampir RM 5, 000.

Kaedah bayaran kompaun ialah melalui tunai, JomPAY, Maybank2u, kad kredit dan kad debit di Kaunter Pembayaran di Jabatan Penguatkuasaan MDKT. Semakan kompaun boleh dilakukan melalui talian 07- 8835 700 dan 07- 8831 004 (Jabatan Penguatkuasaan). Rebutlah peluang keemasan ini dengan menjelaskan tunggakan kompaun agar dapat mengelakkan tindakan undang – undang.

JOM BAYAR & MENANG