PROGRAM KESEDARAN – Meningkatkan dan Pemulihan Kualiti Alam Sekitar melalui Aktiviti Masyarakat Dengan Kaedah Bioteknologi EM.
Bagaimana Berkesan Dengan – Effective Microorganisms (EM) ?
Bakteria Asid Laktik
 |
|
Bakteria Asid Laktik merembeskan asid laktik daripada gula dan karbohidrat yang dihasilkan oleh yis dan bakteria fototrofik. Makanan seperti yogurt dan jeruk sudah lama dibuat dengan menggunakan bakteria ini. Asid Laktik adalah agen pensterilan kuat yang membunuh mikroorganisma patogen dan meningkatkan kadar pengkomposan bahan organik termasuk lignin dan selulosa. |
Bakteria Fototrofik
 |
|
Bakteria Fototrofik boleh hidup berdikari. Ia memproses bahan dari lelehan akar, bahanorganik dan gas berbahaya seperti hidrogen sulfat dengan menggunakan cahaya sebagai punca tenaga. Antara substrat-subtrat berguna yang dirembeskan adalah asid amino, asid nukleik, bahan bioaktif dan gula. Bahan buangan bakteria fototrofik boleh diserap terus oleh tumbuhan dan merangsang pertumbuhan bakteria berguna. |
Yis / Ragi
 |
|
Yis atau ragi mensintesis antimikrobial dan subtrat-subtrat seperti asid amino dan gula yang dihasilkan oleh bakteria fototrofile bahan-bahan organik dan lelehan akar. Bahan bioaktif seperti hormon dan enzim yang dihasilkan oleh yis akan membantu mencepatkan pertumbuhan sel pokok dan akar serta mikroorganisma-mikroorganisma EM yang lain. |