Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
 

Perutusan YDP

 Yang Dipertua MDKT

Selamat Datang ke Portal Majlis Daerah Kota Tinggi.

Alhamdulillah, di sini saya merakamkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dapat mewujudkan Portal ini yang merupakan satu petanda baik bagi kita maju setapak lagi di dalam era teknologi maklumat. Portal Rasmi bagi setiap agensi merupakan satu alternatif yang baik dalam usaha menerapkan 'Budaya IT' dikalangan semua peringkat termasuk Pentadbiran Majlis. Saya berharap Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi ini akan menjadi satu saluran interaktif untuk masyarakat memberikan atau mendapatkan maklumat secara mudah, segera dan tepat.

Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada semua staf MDKT kerana memberikan sokongan padu dalam bidang 'IT' yang merupakan salah satu komponen utama untuk melahirkan "Knowledge Worker" di semua peringkat kakitangan. Dalam senario semasa, kecanggihan IT telah banyak membuka ruang-ruang komunikasi yang luas tanpa sempadan masa dan fizikal yang seharusnya dimanfaatkan bersama untuk pembangunan daerah Kota Tinggi yang lebih mantap secara holistik dan inklusif.

 

Sekian, terima kasih.

 

AZMAN BIN HJ MOHAMED SHAH
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi

Saiz Teks :
Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
| Kontras Warna :
Kontras Kelabu & Biru Kontras Perang & Biru Kontras Hitam & Kuning
| Latar Belakang :
Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3
| Set Semula :
Set Semula
| Teks Suara:
Teks Suara
| Pengguna Kurang Upaya :
Capaian Pengguna Kurang Upaya