Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain
 

Pelancongan
   MUZIUM KOTA TINGGI

Muzium Kota Tinggi terletak 0.5 KM dari Bandar Kota Tinggi, berdekatan dengan persimpangan Jalan Mawai, Jalan ke Desaru dan Jalan Johor Bahru. Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institut Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini.

LAMAN LAKSAMANA

Laman Laksamana merupakan Laman Dalam Komuniti. Laman ini terletak berhampiran dengan Taman Kemang. Laman ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Perumahan - Datuk Baderi Dasuki.

  
   AIR TERJUN KOTA TINGGI

Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi. Tempat peranginan ini terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit.

KOTA JOHOR LAMA

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat.

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor.

Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

  

Halaman: 1  2  3  4  5  6  

Saiz Teks & Warna Teks :
Kecilkan Teks Besarkan Teks Set_Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
| Latar Belakang :
| Teks Suara :
Teks Suara