Pengenalan :
Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor telah mengambil langkah membangunkan perkhidmatan pemetaan GIS secara online untuk membolehkan agensi-agensi kerajaan dalam negeri Johor, Pihak Berkuasa Tempatan dan orang ramai dapat berkongsi pangkalan data geospatial GIS secara terus dalam talian.
Selaras dengan aspirasi ini, Aplikasi Geoportal GeoJohor telah diperkenalkan. Ia merupakan Aplikasi internet yang membolehkan pengguna mengakses maklumat geospatial Negeri Johor secara terperingkat. Pada masa ini Aplikasi GeoJohor memberi penekanan kepada aspek penggunaan tanah semasa dan zoning dalam Negeri Johor secara menyeluruh meliputi semua Daerah didalam Negeri Johor Darul Ta'zim.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim agar Aplikasi Geojohor ini dapat meningkatkan kualiti dan tahap penyampaian maklumat secara telus diantara agensi-agensi kerajaan Johor dan orang ramai selaras dengan matlamat Penyampaian Berkesan Rakyat Sejahtera.
Klik di sini untuk menggunakan aplikasi Geo Johor @ Geo Portal di http://geoportal.johor.gov.my/