Pemberitahuan Cukai Harta
- Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek. Bagi pembayaran melalui cek, hendaklah dipalang dan dibayar atas nama YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI. Sila tulis no akaun, no. telefon dan nama tuan / puan di belakang cek.
- Hanya resit asal yang bercetak dengan mesin atau yang dikeluarkan oleh pusat kutipan setempat sahaja akan diterima sebagai bukti bayaran. Orang perseorangan tidak dibenarkan menerima bayaran.
- Sekiranya resit rasmi tidak diterima dalam tempoh 14 hari selepas pembayaran melalui pos, sila hubungi Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Kota Tinggi
- Bil cukai harta hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari bagi penggal 1 dan 31 Ogos bagi penggal 2 pada tahun berkenaan. Kelewatan menjelaskan bayaran cukai harta dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dikenakan denda lewat.
- Adalah menjadi tanggungjawab tuan / puan untuk memaklumkan kepada Pihak Majlis Daerah Kota Tinggi sekiranya harta tuan / puan telah dipindahmilik kepada pemilik yang baru. Kegagalan tuan / puan berbuat demikian, mengakibatkan tuan / puan akan didenda RM2,000.00 mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
- Simpan resit bayaran dengan baik untuk tujuan semakan di masa hadapan jika perlu.
- Sebarang kemusykilan mengenai cukai harta, sila hubungi Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Kota Tinggi.
- Kadar bayaran denda untuk notis adalah seperti berikut:
| Jumlah |
Denda |
| RM 100.00 ke bawah |
RM 2.00 |
| RM 101.00 hingga RM 200.00 |
RM 6.00 |
| RM 201.00 hingga RM 300.00 |
RM 12.00 |
| RM 301.00 hingga RM 400.00 |
RM 20.00 |
| RM 401.00 hingga RM 500.00 |
RM 30.00 |
| RM 501.00 hingga RM 600.00 |
RM 42.00 |
| RM 601.00 ke atas |
2% |
Nota : Kadar denda dikira berdasarkan jumlah terkumpul.
Bayaran-bayaran lain
| Jenis |
Jumlah |
| Proses pindah milik |
RM 50.00 |
| Carian maklumat |
RM 20.00 |
| Salinan semula bil |
RM 1.00 |
9. Segala surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada:
Yang Di Pertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
81900 Kota Tinggi, Johor