Tips - Cara Menangani Stress

Stress atau pun dalam bahasa melayu adalah tekanan adalah suatu perkara yang sering kali kita hadapi dalam aktiviti harian.Disini saya hendak berkongsi bagaimana kita hendak menangani stress.
- Ubah cara hidup dengan mengambil makanan yang seimbang.
- Ubah aktiviti harian kita dengan melakukan sesuatu perkara yang baru dan menarik.
- Melakukan senaman yang secukupnya. Selalunya stress berlaku kerana keadaan badan yang kurang cergas dan lemah.
- Rehat yang cukup boleh membuatkan badan kita segar. Tidur hendaklah mengcukupi setiap hari. Awas jangan terlebih tidur pula nanti memudaratkan badan pula.
- Releks. Anda boleh menghabiskan masa memanjakan diri anda di spa, aromatherapy, mendengar muzik yang mendamaikan.
- Elakkan minuman yang beralkohol. Berdosa tau kalau minum bagi yang muslim.
- Mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Bacalah zikir-zikir ataupun berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Dengan cara ini boleh menenangkan diri dan mendekatkan Hati kepada Allah. Dengan cara itu juga boleh pahala. Dua dalam satu.
- Cari teman yang terdekat. Cari kawan yang boleh untuk berkongsi masalah ataupun yang boleh untuk dibawa pergi melakukan aktiviti luar.
- Memandang kepada kehijauan. Ini boleh membantu kerana warna hijau melambangkan kedamaian. Lihatlah kehijauan alam sekeliling.
Sumber daripada : http://www.mohdfaizul.com/?p=393